Sempena cuti sekolah lalu WJ SPU telah menganjurkan Kem Aulad di Teluk Nipah, Kedah.
TARIKH: 3 JUN 2009 RABU
9.00: -Pendaftaran
- Taklimat -Program : Ustazah Sumira
- Sarapan
-Check-in
10.30: -Tazkirah
Ustazah Nur Zaitun
-Taaruf
11.30: -Explorace,Mandi laut,
Masak/Makan Tenghari (kari ayam)
-Solat Zohor
-Baca Al-Quran
2.00: -Bengkel Sirah Sahabat 1
4.30: -Solat Asar
-Ma’thurat
-Aktiviti Mencari Kerang,Mandi Laut,
6.00: -Masak/Makan Malam(Nasi Goreng)
-Solat Maghrib
-Baca Al-Quran
-Tazkirah: Ustzh
NurZaitun
-Solat Isya’
9.00: -Bengkel Pembentangan Sirah Sahabat 1
11.00: -Minum malam
-Tidur
TARIKH: 4 JUN 2009
KHAMIS
5.00: -Bangun,mandi
-Solat Tahajud, Witir,Subuh
-Mathurat
-Tazkirah : Ustzh
Sumira
8.00: -Jogging Pantai
Bukit
-Masak/Sarapan
10.30: -Kuliah Akhlak
11.30: -Explorace,Masak/ Makan Tengahari
(Daging kicap,sayur campur)
-Solat zohor
-Baca Al-Quran
2.00: -Bengkel Akhlak 1
4.30: -Solat Asar
-Ma’thurat
-Games
6.00: -Masak/Mandi/
Makan Malam
-Solat Maghrib
-Baca Al-Quran
-Tazkirah : Ustzh
NurZaitun
-Solat Isya’
9.00: -Bengkel Pembentangan Akhlak 2
11.00: -Minum Malam
-Tidur
TARIKH: 5 JUN 2009
JUMAAT
5.00: -Bangun,mandi
-Solat Tahajud, Witir,Subuh
-Mathurat
-Tazkirah: Ustzh NurZaitun
8.00: -Riadhah
-Masak/Sarapan
10.00: -Aktiviti Sukan Pantai
11.30: -Masak/Makan
-Kemas Barang-Barang
-Makan Bihun Sup
12:00 --Sesi penutup
-Bersurai dan Balik.
Peserta
Abdullah Ehsan
Abdullah Iman
Abdullah Imran
Za'adi
Huda
Husna
M Zaki M Radzi
Zhilal Adnan
Shakir Jamaludin
Mawaddah Jamaludin
Nuha Yusof zaki
Nasreen Yusof Zaki
Iman nabilah Hamidi
Hakimah Hamidi
M Zaki Hamidi
Naufal Zainol
nawwaf Zainol
Awwatif Zainol
Izzah
Nabilah
Farabi
Firdaus
Jawatankuasa
Penyelaras : Zaliza, Zaiton,Norhayati, Najihah
Ketua Kem : Ustzh Nurzaitun, ustzh Sumira
Fasilitator : Sumira, Asmak, Wani,Asma’,Sumayah, Ainol,Husna, Hazirah, Hidayati dan lain-lain.Keperluan
Yuran : RM50.00
Keperluan : Bantal, Alatulis, Buku Tulis, Al Quran, Al Ma’thurat, Bawa stokin tebal untuk ke laut, bekalan air minum dan lampu suluh untuk keperluan malam dan pakaian sekucupnya
Tuesday, July 7, 2009
Kem Aulad Teluk Nipah
Posted by Wanita JIM SPU at 6:19 PM 0 comments
Wednesday, April 15, 2009
Temuduga Wajib Hadir
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Indahnya DUNIA hanya sementara,Indahnya CINTA hanya seketika,
Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti,
tetapi indahnya KENANGAN bersamamu,..SUKAR DICARI GANTI...
ida syuhada
*dipetik dari malayCyber
Posted by Wanita JIM SPU at 12:24 AM 0 comments
Perubahan Tempat Usrah Gabungan
Harap maklum:
Perubahan tempat UG dari SURAU BERTAM KE TADIKA AMAL BERTAM INDAH, LORONG DAHLIA 2.
AGENDA DAN MASA TIDAK BERUBAH.(sila rujuk entri awal)
*Pesanan dari TPSM
Posted by Wanita JIM SPU at 12:06 AM 0 comments
Labels: Aktiviti JIM / Wanita daerah SPU
Tuesday, April 14, 2009
Al Lail
Alangkah indahnya tika senja menutup pandangan. Ketika itu juga siang berganti malam. Bulan keluar menampakkan cahaya,menutupi matahari yang beralih arah. Maka dijadikan malam untuk kamu beristirehat, namun malam juga bermula juga seribu kejahatan. Malam juga tempat para sajiddin meninggalakn tilam empuk bagi mendekati Tuhannya. Beruntunglah mereka yang menyahut seruan Tuhan ketika Dia turun di langit dunia di sepertiga malam.
Posted by Wanita JIM SPU at 2:43 AM 0 comments
Labels: Refleksi Diri
Hebahan Awal : Rehlah Keluarga JIM SPU
Rehlah keluarga JIM SPU
2 Mei 2009 (3 .00 petang) di Titi Hayun, Yan, Kedah.
3 Mei (8.00 pagi) panjat Gunung Jerai(option)
Acara keluarga, BBQ dan lain-lain sedang dirancang. Penginapan di 3 buah Chalet untuk akhawat.
Sila berikan nama anda dan jumlah ahli keluarga yang akan hadir kepada :
Kak Yati:0134491504 (sebelum 28hb.April,2009).
Posted by Wanita JIM SPU at 1:26 AM 0 comments
Usrah Gabungan :17.4.09
Usrah Gabungan SPU (ikhwah& akhawat)
Qiamullail ( Untuk ikhwah)
Tarikh : 17hb April 2009.
Tempat : Surau At-Taqwa, Taman Bertam Indah, K.Batas.
Masa :
8.30 mlm : Solat Isya berjemaah
9.00 mlm : Usrah Gabungan :
Penyampaian Tafsir Surah At-Toriq oleh Ust. Sofwan (UITM)
10.15 mlm : Ikhwah berpindah ke Masjid Bertam untuk Halaqah Kecil
4.30 pagi: Qiamullail.
Solat Subuh
Kuliah Subuh.
Bersurai.
8.00 pagi Jom Panjat Bukit Mertajam (option)
Sila war-warkan pada ahli usrah masing-masing.
Ikhwah/akhawat JIM PP dialu-alukan.
*pesanan dari TPSM,SPU.
Posted by Wanita JIM SPU at 1:15 AM 0 comments
Jom Panjat Bukit Mertajam
Salam
Setelah begitu lama merehatkan kaki kini aktiviti panjat bukit dan gunung kembali lagi. Sebagai "warm up" kita panjat BM dulu yg tak berapa tinggi (1500 kaki je). Butir2 pgrm;
TEMPAT KUMPUL; Restoran Sahabat Sejati, Taman Koskam, Pongsu Seribu atau di kaki bukit (Cherok Tok Kun).
MASA KUMPUL; 8.30 PG (Tmn Koskam) 9.30 PG (Kaki Bukit).
Terbuka lelaki/perempuan/ remaja/dewasa/ baby pun boleh(Warga JIM PP)
MASA TAMAT: Sekitar 12 tghari.
ANJURAN; KRJ SPU.
*pesanan dar Major Zaidi
Posted by Wanita JIM SPU at 1:04 AM 0 comments